Sesi ini wajib dihadiri pemilik bisnes dan usahawan bagi mengukuhkan asas perniagaan mereka untuk grow, terutama dalam aspek pengurusan kewangan.

Dalam sesi ini, anda akan mengetahui :

SPEAKER ANDA

NASRUL HADI SHUKRAN

VICE PRESIDENT FINANCE

C.A.(M), FCMA, CGMA (UK)

Tuan Hj. Nasrul Hadi Shukran Jamil adalah seorang Akauntan Bertauliah dan telah berkhidmat di RichWorks International Sdn Bhd sejak 14 tahun yang lalu. Memiliki pengalaman lebih daripada 17 tahun melibatkan perkhidmatan perundingan kewangan, perakaunan, audit, percukaian dan sumber manusia kepada pelanggan dalam pelbagai industri, dengan tumpuan kepada aspek pematuhan dan perihal pengurusan perniagaan.

Beliau juga merupakan ‘Expert Speaker’ untuk Program Entrepreneur Foundation Program (EFP), Urus Duit, Urus Kos, Urus Gaji dan Urus Cukai. Lebih dari 30,000 penyertaan telah hadir sesi-sesi yang beliau kendalikan dan telah dibantu berkaitan penyelesaian masalah dalam pengurusan perniagaan mereka.

Beliau merupakan seorang pakar di dalam pengkhususan Pengurusan Tunai, Perakaunan & Percukaian untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS). Beliau kini sedang membina kerjayanya sebagai penceramah dan konsultan tentang the ‘Best Practice’ di dalam bidang perakaunan, percukaian dan pengurusan perniagaan.

Pada tahun 2022, beliau telah ditauliahkan sebagai Akauntan Bertauliah di peringkat global melalui Fellowship of CIMA (FCMA) dan Chartered Global Management Accountant (CGMA) oleh Chartered Institute of Management Accountant (CIMA). Beliau juga merupakan seorang Akauntan Bertauliah di Malaysia melalui Malaysian Institute of Accountants (MIA) sejak 2014. Turut memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) daripada UiTM, beliau juga kini sedang di dalam proses mendapatkan keahlian profesional melalui Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), U.K.

Para pelanggan dan peserta program yang pernah meraih manfaat hasil daripada tunjuk ajar dan konsultasi yang dikongsikan oleh beliau adalah terdiri daripada mereka yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pemilik perniagaan, Pengurus Kanan, Akauntan, Eksekutif dan lain-lain.