1-300-88-2424 info@richworks.com.my

Pengurusan dan Penyimpanan Dokumen Penting Perniagaan

9 Oktober 2018 | Wisma Richworks, Seksyen 13, Shah Alam

Pengenalan

Ramai pihak tidak sedar kepentingan tentang pengurusan rekod dan fail di pejabat. Mereka tidak ada kemahiran dalam mengedalikan rekod dan tidak bertanggungjawab terhadap rekod di pejabat masing-masing.

Objektif

Selepas menghadiri kursus, peserta dapat mendalami tentang pengurusan rekod dan fail di pejabat.

  • Dapat mempertingkatkan kesedaran tentang pentingnya amalan pengurusan rekod yang baik di pejabat masing-masing.
  • Dapat mempertingkatkan kemahiran dalam mengendalikan rekod di agensi masing-masing.
  • Dapat mempertingkatkan kefahaman dalam pengurusan rekod secara teori dan praktikal yang akan membolehkan perlaksanaan dan tanggungjawab terhadap rekod di agensi masing-masing.
  • Dapat meningkatkan lagi kemahiran memproses rekod-rekod khususnya dalam mengendalikan rekod-rekod di peringkat penyusunan, penyimpanan, penjagaan dan pelupusan rekod.
  • Dapat memperbaiki dan mengurangkan masa mengesan rekod/maklumat serta dapat memberi maklumat dengan cepat dan tepat.
  • Dapat meningkatkan kecekapan dan imej di agensi masing-masing.

Isu/Masalah

Menurut Panduan Invois dan Penyimpanan Rekod yang dikeluarkan oleh Kastam Diraja Malaysia:

Rekod adalah dokumen termasuk semua buku akaun atau cetakan komputer

berkaitan jika komputer digunakan, juga termasuk dokumen-dokumen sokongan. Jika rekod itu dalam bentuk elektronik yang boleh dibaca, suatu manual kepada perisian mesti disediakan.

Rekod boleh termasuk:

(a) Semua rekod barang atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh atau kepada orang kena cukai termasuk invois cukai, invois, penyata jualan, resit, nota kredit, nota debit dan boring pengikraran eksport

(b) Semua rekod pengimportan barang

(c) Buku akaun fizikal, laporan kewangan dan sumber dokumen berdasarkan kertas termasuk cetakan komputer rekod perniagaan dan rekod perakaunan

(d) Rekod elektronik

(e) Semua perincian mengenai sistem perakaunan, termasuk carta, kod akaun, manual arahan, sistem dan program dokumentasi dan spesifikasi dan lain-lain

Setelah menghadiri program ini, anda akan dapat:

  • Meningkatkan kesedaran betapa pentingnya pengurusan dan penggunaan Sistem fail yang baik dan ekonomikal
  • Meningkatkan kemahiran dalam mentadbirkan rekod di agensi masing-masing
  • Meningkatkan pengetahuan asas mengenai pengurusan rekod secara teori dan praktikal bagi melaksanakan tanggungjawab rekod
  • Memahami tugas-tugas memproses rekod dari aspek penyusunan, penyimpanan, pemeliharaan, pengesanan serta pelupusan

Siapa Yang Patut Hadir?

  • Eksekutif Pentadbiran
  • Penyelia
  • Pembantu Eksekutif
  • Setiausaha
  • Kerani

Metodologi

Penyampaian Interaktif, Perbincangan dan Soal Jawab

Kandungan Modul

 

1. PRAKTIS DAN AMALAN DALAM PENGURUSAN REKOD
– Pengurusan rekod sebagai salah satu teknik dalam pengurusan
– Istilah-istilah dan penggunaannya
– Ciri-ciri rekod dan fail
– Peringkat-peringkat dalam pengurusan rekod
– Konsep dan kitaran hidup rekod
– Faedah program pengurusan rekod / kegunaan rekod
– Pengurusan Rekod Penting
– Perbezaan rekod konvensyenal / rekod elektronik

2. SISTEM FAIL DAN PENGKLASAN PERKARA
– Kaedah pengendalian surat-menyurat dan fail
– Penentuan tajuk dan nombor / pengklasan yang standard
– Kaedah Pengklasan, nombor, abjad+nombor dan lain-lain
– Faedah mengamalkan pengklasan yang standard

3. PERLAKSANAAN SISTEM FAIL
– Rekabentuk fail yang praktikal dan kualiti
– Kaedah membuka fail baru
– Kaedah menutup fail/panduan menutup fail
– Penggunaan dan fungsi kertas minit / log sheet
– Teknik memasukkan / memfailkan dokumen / lampiran dan penomborannya
– Pentingnya indeks di dalam pengurusan rekod dan fail
– Kaedah menyediakan indeks
– Pengesanan / pengawalan pergerakan rekod
– Penyimpanan, perlebelan dan pengesanan

4. PERATURAN/ARAHAN DALAM PENGURUSAN REKOD
– Akta dan pekeliling-pekeliling yang berkaitan
– Arahan-arahan umum
– Kesedaran umum mengenai peraturan pengurusan rekod

5. PERINGKAT AKHIR PENGURUSAN REKOD/ PELUPUSAN REKOD TIDAK AKTIF (DISPOSAL OF INACTIVE RECORDS)
– Aktiviti di peringkat akhir rekod
– Nilai-nilai rekod untuk proses penilaian
– Bagaimana menentukan kaedah pelupusan rekod
– Aktiviti-aktiviti di peringkat pelupusan rekod / Penilaian
– Penyediaan deskripsi/senarai Pelupusan Rekod/Jadual Pelupusan Rekod
– Faedah selepas pelupusan rekod
– Bagaimana mengarkibkan rekod tidak aktif dan yang bernilai kekal. (Archiving)

Profil Speaker

Nasrul Hadi, C.A.(M)

Nasrul Hadi adalah seorang Akauntan Kanan di Richworks Group of Companies. Memiliki pengalaman lebih daripada 10 tahun melibatkan perkhidmatan perundingan perakaunan, audit, percukaian dan sumber manusia kepada pelanggan dalam pelbagai industri, dengan tumpuan kepada aspek pematuhan dan perihal pengurusan perniagaan.

Beliau merupakan seorang pakar di dalam pengkhususan Pengurusan Tunai, Perakaunan & Percukaian untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS). Beliau kini sedang membina kerjayanya sebagai penceramah dan konsultan tentang amalan terbaik di dalam bidang perakaunan, percukaian dan pengurusan perniagaan.

Antara para pelanggan dan peserta program yang pernah meraih manfaat hasil daripada tunjuk ajar dan konsultasi yang dikongsikan oleh beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pemilik perniagaan, Pengurus kanan, Akauntan, Eksekutif dan lain-lain.

Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan merupakan seorang Akauntan Bertauliah melalui Malaysian Institute of Accountants (MIA). Beliau juga kini sedang di dalam proses mendapatkan keahlian profesional melalui Association of Certified Chartered Accountants (ACCA), U.K.

Pengurusan dan Penyimpanan Dokumen Penting Perniagaan

9 Oktober 2018
Wisma Richworks, Seksyen 13, Shah Alam

Hubungi Kami

Phone

1-300-88-2424

Email

info@richworks.com.my

Address

Richworks International Sdn Bhd, No 77, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, Shah Alam, 40100 Selangor.

X