1-300-88-2424 info@richworks.com.my

Pengurusan Kos Perniagaan & Penetapan Harga Servis/Produk

6 Oktober 2018 | Hotel Laman Seri, Shah Alam

Pengenalan

Ramai usahawan terperangkap dengan masalah kos. Mereka tak tahu macam mana nak kira kos dan macam mana nak letakkan harga. Akibatnya, kalau ada untung, sangat sedikit atau lebih malang langsung tak ada untung..

Objektif

Untuk bantu peserta yang hadir tahu dan faham cara pengiraan kos yang betul untuk dapat margin keuntungan yang tinggi. Urus kos perniagaan dengan betul dan simpan duit perniagaan.

Isu/Masalah

Khidmat, kos bahan binaan akan dikecualikan SST

Perkhidmatan pembinaan dan kos bahan binaan akan dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, di bawah rejim GST, bahan asas seperti batu-bata, simen, pasir dan lain-lain bahan pembinaan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar enam peratus.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tekanan ke atas harga rumah, bangunan industri dan bangunan komersial dijangka akan diringankan dengan pemansuhan GST dan pengecualian SST. – sumber Berita Harian 12 Ogos 2018

Siapa Yang Patut Hadir?

  • Pemilik Perniagaan
  • Usahawan
  • Kerani Akaun\Pembekal
  • Pemborong

Kandungan Modul

  1. Harga Produk/Perkhidmatan
    • Teknik sebenar bagaimana untuk letak harga produk/perkhidmatan
  2. Formula 100-35-50-15
    • Formula kira kos dan tetapkan harga
  3. Pengurusan Kos
  4. Cara tawar-menawar dengan pembekal
  5. Cara tetapkan gaji sebagai usahawan

Profil Speaker

Nasrul Hadi, C.A.(M)

Nasrul Hadi adalah seorang Akauntan Kanan di Richworks Group of Companies. Memiliki pengalaman lebih daripada 10 tahun melibatkan perkhidmatan perundingan perakaunan, audit, percukaian dan sumber manusia kepada pelanggan dalam pelbagai industri, dengan tumpuan kepada aspek pematuhan dan perihal pengurusan perniagaan.

Beliau merupakan seorang pakar di dalam pengkhususan Pengurusan Tunai, Perakaunan & Percukaian untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS). Beliau kini sedang membina kerjayanya sebagai penceramah dan konsultan tentang amalan terbaik di dalam bidang perakaunan, percukaian dan pengurusan perniagaan.

Antara para pelanggan dan peserta program yang pernah meraih manfaat hasil daripada tunjuk ajar dan konsultasi yang dikongsikan oleh beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pemilik perniagaan, Pengurus kanan, Akauntan, Eksekutif dan lain-lain.

Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan merupakan seorang Akauntan Bertauliah melalui Malaysian Institute of Accountants (MIA). Beliau juga kini sedang di dalam proses mendapatkan keahlian profesional melalui Association of Certified Chartered Accountants (ACCA), U.K.

Pengurusan Kos Perniagaan & Penetapan Harga Servis/Produk

6 Oktober 2018
Hotel Laman Seri, Shah Alam

Hubungi Kami

Phone

1-300-88-2424

Email

info@richworks.com.my

Address

Richworks International Sdn Bhd, No 77, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 , Shah Alam, Selangor.

X