1-300-88-2424 info@richworks.com.my

Pelaksanaan SST Dalam Perniagaan

15 September 2018 | Wisma Richworks, Seksyen 13, Shah Alam

Pengenalan

Kementerian Kewangan telah mengumumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan berkadar sifar bermula 01.06.2018 dan sistem cukai baru yang dikenali sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan mulai 01.09.2018. Ia mungkin akan mengamalkan Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 dengan beberapa variasi.

Objektif

Dengan SST 2.0 yang dicadangkan, program ini akan memberi para peserta pengetahuan teknikal untuk pelaksanaan Cukai Jualan & Perkhidmatan yang telahpun bermula pada 01.09.2018 dan jenis perniagaan yang mungkin terkesan dengan pengenalannya. Program ini juga akan menerangkan beberapa perkara penting berkenaan Bil Cukai Jualan dan Perkhidmatan 2018.

Isu/Masalah

Operasi kesan peniaga manipulasi SST, Rakam kenyataan individu – sumber Harian Metro 4 September 2018

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan operasi mengesan peniaga dan penyedia perkhidmatan yang memanipulasi Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi mengaut keuntungan menerusi kenaikan harga sehingga menekan pengguna.

Setelah menghadiri program ini, anda akan dapat:

  • Faham konsep asas SST
  • Dapat kenalpasti jenis perniagaan yang perlu daftar di bawah SST
  • Memahami pelbagai jenis pengecualian, kemudahan dan bantuan yang diberikan di bawah Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan.
  • Memahami prosedur SST, dokumentasi & pematuhan.
  • Mengetahui bagaimana SST akan menjejaskan perniagaan yang kini dilesenkan di bawah GST.
  • Memahami keperluan asas di bawah Bil Jualan dan Perkhidmatan 2018.

Siapa Yang Patut Hadir?

  • Program ini sesuai untuk semua jenis penyedia perkhidmatan

  • perunding cukai

  • badan profesional dan sebagainya.

Metodologi

Penyampaian Interaktif, Perbincangan dan Soal Jawab

Kandungan Modul

 

  1. Cukai Jualan 2018

– Perundangan

– Konsep Cukai Jualan

– Pendaftaran di bawah Cukai Jualan

– Perakaunan untuk Cukai Jualan

– Pengecualian / Kemudahan di bawah Cukai Jualan

– Peruntukan Khas Cukai Jualan

 

  1. Cukai Perkhidmatan 2018

– Perundangan

– Konsep Cukai Perkhidmatan

– Pendaftaran di bawah Cukai Perkhidmatan

– Perakaunan untuk Cukai Perkhidmatan

– Pengecualian / Kemudahan di bawah Cukai Perkhidmatan

– Peruntukan Khas Cukai Perkhidmatan

 

  1. Undang-undang Kastam

– Individu yang dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Jualan

– Individu yang dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Perkhidmatan

Profil Speaker

Nasrul Hadi, C.A.(M)

Nasrul Hadi adalah seorang Akauntan Kanan di Richworks Group of Companies. Memiliki pengalaman lebih daripada 10 tahun melibatkan perkhidmatan perundingan perakaunan, audit, percukaian dan sumber manusia kepada pelanggan dalam pelbagai industri, dengan tumpuan kepada aspek pematuhan dan perihal pengurusan perniagaan.

Beliau merupakan seorang pakar di dalam pengkhususan Pengurusan Tunai, Perakaunan & Percukaian untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS). Beliau kini sedang membina kerjayanya sebagai penceramah dan konsultan tentang amalan terbaik di dalam bidang perakaunan, percukaian dan pengurusan perniagaan.

Antara para pelanggan dan peserta program yang pernah meraih manfaat hasil daripada tunjuk ajar dan konsultasi yang dikongsikan oleh beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pemilik perniagaan, Pengurus kanan, Akauntan, Eksekutif dan lain-lain.

Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan merupakan seorang Akauntan Bertauliah melalui Malaysian Institute of Accountants (MIA). Beliau juga kini sedang di dalam proses mendapatkan keahlian profesional melalui Association of Certified Chartered Accountants (ACCA), U.K.

Pelaksanaan SST Dalam Perniagaan

15 September 2018
Wisma Richworks, Seksyen 13, Shah Alam

Hubungi Kami

Phone

1-300-88-2424

Email

info@richworks.com.my

Address

Richworks International Sdn Bhd, No 77, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor.

X