Select Page

Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng dah bentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019 lalu. Korang tengok tak? Mestilah tak kan? Korang biasa tengok drama korea, drama pukul 7 tu. Yang tu lebih menarik minat korang kan?

Apa yang kami nak share kan adalah antara intipati Belanjawan 2020 kali ni especially untuk usahawan-usahawan ni. Korang tahu tak geran sebanyak RM445 juta akan diberikan daripada segi akses kepada pembiayaan, penyediaan premis perniagaan dan latihan keusahawanan Bumiputera. Korang nampak ni satu peluang untuk disambar atau dilepaskan?

Nak cerita lebih spesifik nak bagi korang jelas – dari geran berjumlah RM 455 juta tu akan dipecahkan kepada:

  1. RM150 juta untuk semua program pembangunan dan peningkatan kemahiran keusahawanan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).
  2. RM75 juta untuk membina kapasiti PKS Bumiputera oleh SMECorp, yang merangkumi program untuk meningkatkan pemasaran, pembungkusan dan celik kewangan. Kami suka perkataan celik kewangan ni. Sebab apa? Sebab ramai usahawan yang tak celik-celik lagi bab jaga DUIT ni. Duit bisnes tu dibuat belanja ikut suka hati je..
  3. RM170 juta untuk akses pembiayaan melalui TEKUN Nasional, SME Bank dan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB).
  4. RM50 juta untuk program keusahawanan di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Kita ni bisnes biasa-biasa je.. nak grow pun bukan mudah kalau bisnes kita tu Cashflow pun terkemut-kemut lagi. Bila ada peluang dan ruang yang ada, sebagai usahawan sepatutnya kena nampak benda ni dengan jelas. Jangan merungut tak dapat tu, tak dapat ni. Peluang ada depan mata tapi tak nak grab lagi.

Sebab tu masa dalam Entrepreneur Foundation Program (EFP), selalu kami tekankan yang orang berniaga ni kena betulkan mindset dari seorang pekerja kepada mindset USAHAWAN. Nak tukar kepada mindset usahawan kena ada ciri-ciri ni:

  1. Ambil tindakan
  2. Ada perasaan takut
  3. ‘Obses’ Dengan Cashflow
  4. Bijak Mencari Peluang
  5. Berfikiran Jauh dan Unik
  6. Komitmen Yang Tinggi
  7. Tidak Cepat Mengalah

Ok lah, kami harap korang bacalah apa yang kami cuba share ni.. nak masuk tahun 2020 dah.. janganlah nak terus berniaga kat tahap yang sama dan cara yang sama je. Tak tahu atau nak belajar.. cubalah rajin-rajin membaca atau tanya pada orang-orang yang lebih arif.

PS: Jangan tanya kami pulak macam mana korang boleh dapatkan peruntukan kat atas tu. Just try go and explore.