Ada tak follower Facebook Page ni yang berasal dari Johor? Cer say ‘I’! Rakyat Johor dan fans JDT terutamanya, confirm happy berganda sebab:
1/ JDT berjaya tewaskan Kedah untuk menjuarai Piala Malaysia untuk kali kedua.
2/ Hari Ahad diisytiharkan sebagai Cuti Peristiwa. (Sebab Johor adalah Negeri yang cuti mingguannya jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu)
Tahniah sekali lagi kepada JDT dan seluruh rakyat Johor. Kepada fans Kedah, jangan sedih, adat pertandingan pasti ada yang menang dan ada yang kalah.
Ok, cukup sembang bola.. point dia adalah bila ada cuti yang diumumkan secara tiba-tiba ni.. atau cuti mengejut ni.. adakah semua orang layak dapat cuti sebenarnya? Dan.. kat mana yang kata cuti boleh diumumkan secara tiba-tiba ni?
Majikan wajib ambil tahu ni ye..
Pengumuman cuti mengejut atau secara tiba-tiba ni boleh dibuat di bawah
Seksyen 9(1), Akta Hari Pelepasan 1951 (Akta 369). Hak yang diberi kepada Penguasa Negeri untuk mengumumkan mana-mana hari tersebut akan dianggap sebagai hari cuti.
Bagi sektor awam, cuti ini adalah cuti wajib yang dipatuhi tetapi sektor swasta ianya adalah pilihan. Nak cuti boleh tak cuti pun boleh. Bergantung kepada budi bicara majikan. Tiada halangan untuk majikan kalau tidak mahu jadikan cuti tersebut wajib kepada pekerja mereka.
Tetapi majikan atau syarikat perlu membuat pengumuman atau pemberitahuan terlebih dahulu supaya pekerja alert dan pemberitahuan ini perlu dilakukan dengan cara:
1/ Secara Lisan
2/ Secara Bertulis – Emel atau Whatsapp
Ini untuk mengelakkan sebarang salah faham sekiranya ada pihak atau pekerja yang tidak mendapat makluman ini terlebih awal.
Kalau ada staff yang tidak hadir bertugas pada hari tersebut dengan alasan cuti umum sedangkan TIADA MAKLUMAN dibuat oleh Syarikat, apakah tindakan yang akan diambil?
Cuti ini TIDAK MENJADI AUTOMATIK bagi sektor swasta tetapi AUTOMATIK kepada sektor awam. Pekerja swasta yang tidak hadir pada hari cuti peristiwa akan dianggap sebagai PONTENG.
Sangat jelas bahawa setiap pekerja perlu bertanggungjawab kepada majikan untuk menjaga kualiti pekerjaan mereka. Pekerja yang tidak hadir bekerja tanpa kebenaran harus di anggap telah melanggar tanggungjawab ke atas pekerjaan mereka.
Ponteng dan tidak hadir bekerja perlu diberikan perhatian serius sebab ini akan memberi impak yang sangat negatif kepada organisasi dan seluruh warga kerja yang lain.
Kesan Buruk:
1/ Menggangu jadual operasi perniagaan.
2/ Menurunkan produktiviti dan kualiti perniagaan.
3/ Memaksa majikan menanggani masalah kekurangan tenaga kerja yang memberi kesan kepada pekerja lain.
4/ Pekerja lain terpaksa memikul bebanan kerja tambahan yang ditinggalkan oleh pekerja yang tidak hadir bekerja.
5/ Meningkatkan kos perniagaan.
Kerugian:
1/ Kos sebenar adalah penurunan moral pekerja kerana ketidakhadiran memberi kesan kepada moral ramai orang.
2/ Kehilangan pendapatan akibat penurunan produktiviti.
3/ Kehilangan pelanggan akibat perkhidmatan yang terganggu.
4/ Bayaran kerja lebih masa dan urusan lain berkaitan ketidakhadiran.
Sektor swasta ni berbeza, hari-hari kena beroperasi supaya dapat generate sales dan pastikan bisnes ada revenue. Kalau asyik cuti je macam mana bisnes nak ada untung dan kalau pekerja asyik ponteng pun akan ganggu operasi perniagaan.
Tapi itu tak bermakna majikan kena jadi kejam.. ada cuti-cuti wajib tertakluk bawah Akta Kerja 1955 dan AKta Hari Pelepasan 1951 yang majikan wajib patuh dan beri cuti kepada pekerja. Pekerja pulak, kena ada rasa tanggungjawab pada kerja mereka dan tidak salah guna peluang cuti yang diberi.
#TeamRichWOrks
#NakUrusBisnes