Select Page

Kejap.. jangan terkejut baca headline tu.. sebab ni adalah kisah benar dan berlaku pada usahawan.

Weekend lepaskan cuti panjang.. jadi ada antara Team RichWorks yang buat akitiviti jalan-jalan cari makan.

Pusing-pusing area Seksyen 13, Shah Alam waktu tengahari sekali ternampak satu gerai ayam bakar tepi jalan. Nampak menyelerakan, jadi kami pun singgah.

Kami pun order kepak ayam bakar, isi ayam bakar dan nasi ayam. Bau dah mengiurkan.. tapi kami perhati je akak ni seorang diri dia yang ambik order, bakar ayam dan bungkuskan untuk pelanggan.

Kat sinilah bermula ceritanya.. bila akak tu hantar order kami, kamipun saja ajak akak tu berborak kebetulan tak ramai customer masa tu. Kami tanya, akak buat semua kerja sendiri ke?

Sambil senyum akak tu jawab.. “Ye Cik.. saya tak ada pekerja.. semua gara-gara bontot ayam..” kami tergamam kejap.. apa kaitannya dengan bontot ayam?

Akak tu pun mulakan cerita.. dah ramai pekerja yang dia cari, ada juga yang datang minta kerja, tapi bila diberitahu salah satu tugas yang mereka kena buat adalah cuci bontot ayam, majoritinya habis interview terus hilang.

“Ada sorang tu, tak habis lagi interview dia kata nak pergi kat kawan dia kejap, tup tup hilang.. tak nampak batang hidung dah..”

Tak mustahil lah dah lebih 5 tahun berniaga akak ni masih lagi buat semua kerja sendiri. Jadi Solopreneur. Memang susah bisnes nak grow kalau tak ada pekerja, end up memang semua kerja kena buat sendiri.

Ada juga pekerja yang tak amanah, menipu bila diberi kepercayaan, kata akak tu. Dia tak habiskan jualan dan buang lebihan sebab nak tutup kedai awal.

Menurut akak tu, jualan harian mesti dihabiskan barulah dia akan tutup kedai. Atau kadang-kadang dia akan sedekahkan je pada yang memerlukan.

Kita tak boleh nak salahkan akak tu jugak dan tak boleh salahkan orang lain jugak. Mesti ada something yang kurang tepat akak ni buat bila nak hire pekerja.

Ini satu cabaran untuk usahawan yang ada bisnes macam akak ni. Dan betul, nak handle pekerja ni bukan kerja senang. Tapi ada je cara untuk kita pastikan pekerja kita setia dengan kita. Ada ‘5R’ yang majikan boleh cuba guna.

1/ Tanggung jawab (Responsibility)

Tunjukkan kepada pekerja yang anda percaya mereka dengan memberi tanggungjawab yang buatkan mereka rasa ada peluang untuk kerjaya mereka.

2/ Hormat (Respect)

Pekerja dapat rasa samada mereka dihormati dan dihargai. Jika majikan sering tunjukkan rasa hormat kepada pekerja, ini akan menimbulkan budaya kerja yang kuat dan bertahan lama serta pengalaman positif dan kenangan yang tidak akan mereka lupakan.

3/ Perkongsian pendapatan (Revenue sharing).

Sebahagian gaji perkerja perlu dikaitkan dengan prestasi perniagaan. Ini akan selaraskan kepentingan mereka terhadap pendapatan dan sasaran keuntungan syarikat dan akan berfungsi sebagai insentif untuk terus setia dengan syarikat seiring dengan kemajuan kerjaya.

4/ Penghargaan (Rewards)

Penghargaan yang diberikan kepada pekerja perlu disesuaikan dengan keperluan emosi dan hidup mereka.

5/ Istirehat (Relaxation)

Berikan kesempatan untuk pekerja ada waktu untuk berehat di antara satu tugas ke tugas berikutnya, contohnya beri waktu rehat singkat pada waktu tertentu pada setiap hari kerja.

Kami harap akak tersebut dapat amalkan sikit-sikit cara ni dan paling penting sebenarnya akak tu kena tunjukkan dulu apa value yang dia boleh bagi pada pekerja. Pekerja pun ada rasa secure.

Habis berborak, habis jugak makanan kami. Sempat kami tanya soalan terakhir, cuma curious.. macam mana akak ni tentukan untung rugi bisnes dia?

Akak ni kata dia sendiri tak tahu macam mana nak ukur tahap untung rugi bisnes dia. Dia tak ada proper rekod sebab dia rasa bisnes gerai macam dia tak perlukan rekod-rekod duit keluar masuk, kos-kos bisnes ni.

Tergamam jugak kami. Ni memang dah salah ni. Tak kira bisnes kecik ke besar patut ada proper rekod duit keluar masuk dan kira kos-kos bisnes.

Sebelum kami balik, kami sempat pesan pada akak tu, di RichWorks setiap minggu kami adakan sesi konsultansi percuma untuk nilai tahap bisnes setiap usahawan. Kami harap akak tu cuba buat tindakan untuk hadir dan betulkan balik bisnes dia.

Semua usahawan perlu ada pihak yang boleh bantu tahap prestasi bisnes mereka supaya bisnes tu dapat bertahan dan tak terus buat kesilapan.

#TeamRichWorks

#NakUrusBisnes