Setiap hari saya akan allocate sedikit masa untuk saya baca atau tengok berita-berita terkini dalam Malaysia dan luar negara. Topik-topik berkaitan bisnes, perubahan dasar kerajaan dan undang-undang. Biasanya tak panjang pun berita-berita ni. Dalam 5-7 minit dah boleh.
Saya adalah seorang yang sangat suka membaca berita-berita pendek macam ni, sebab dalam beberapa minit pun kita dah boleh dapat banyak input. Usahawan @ Bos-bos terutamanya kena pupuk tabiat baca berita-berita pendek macam ini. At least tahula serba sedikit apa yang berlaku di sekeliling kita.
Dengan macam-macam perkara yang berlaku sekarang ni terutamanya isu Covid-19, kita kenalah ambil tahu apa kesannya kepada ekonomi dan perniagaan. Bukannya sibuk nak jadi netizen-netizen yang hebahkan berita tak betul, tapi kita nak ambil tahu perkembangan semasa yang berlaku.
Pada 9 Mac 2020, Harian Metro ada siarkan berita tentang LHDN benarkan tangguh bayaran cukai, anda boleh baca dekat link yang saya share ni >> https://www.hmetro.com.my/bisnes/2020/03/552665/lhdn-benarkan-tangguh-bayaran-cukai
Bila saya baca, ada banyak perspektif yang saya nampak dan trigger saya. Saya terfikir, adakah anda semua sebagai usahawan ambik berat atau ambil tahu apa yang berlaku? Saya risau bila anda semua tak tahu apa info terkini yang boleh beri kesan pada perniagaan. Jadi saya rasa bertanggungjawab nak mula secara aktif share dengan anda semua maklumat terkini sebegini.
Apa yang saya boleh rungkaikan dari berita atau pengumuman dari pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam berita ni, ada dua (2) perkara yang LHDN umumkan:
- Permohonan tangguh bayaran selama 6 bulan bermula April – Sept 2020. Cuma ini hanya melibatkan pembayar cukai @ syarikat Sdn Bhd yang terlibat dalam industri pelancongan sahaja:
a. Agensi pelancongan
b. Pengusaha hotel
c. Syarikat penerbangan
- Untuk industri-industri lain: CP204A – Pindaan Anggaran Cukai boleh dibuat pada bulan ini @ Mac 2020. Bermakna untuk tahun 2020, Sdn Bhd dibenarkan untuk adjust anggaran cukai CP204 sebanyak tiga (3) kali:
a. Mac atau bulan ke 3
b. Jun atau bulan ke 6
c. Sep atau bulan ke 9
Dari sudut Cashflow atau pengurusan Duit Bisnes:
- Ini membantu semua syarikat Sdn Bhd terutama yang terlibat di dalam industri pelancongan untuk both adjust anggaran cukai dan tangguh/ tidak perlu bayar ansuran CP204 selama 6 bulan untuk tahun ini.
- Semua syarikat Sdn Bhd akan perlu revisit/ kira semula anggaran cukai yang telah dibuat dan jika perlu terus adjust CP204 pada bulan Mac ini.
- Kemudian masuk bulan ke-6 @ Jun, tengok kepada keadaan bisnes, boleh samada adjust menaik atau menurun anggaran cukai ini.
- Point penting adalah, Cukai masih harus dibayar ikut jadual dan tidak boleh culas. Tetapi yang jadi perbezaan adalah bagaimana syarikat Sdn Bhd tentukan berapa anggaran cukai yang sesuai untuk dibayar dan tidak beri kesan kepada Cashflow.
- Disebabkan itulah peluang untuk adjust anggaran cukai sebanyak 3 kali setahun ini akan amat membantu sesebuah syarikat Sdn Bhd.
- Dan semua adjustment ini tidak dikenakan sebarang penalti. Dengan syarat memaklumkan kepada LHDN dan terus patuh kepada jadual bayaran yang telah ditetapkan.
Saya harap anda dapat pick up something daripada sharing ini. Please share kepada sesiapa sahaja yang anda rasa perlukan info-info sebegini. Saya juga appreciate jika anda nak saya kupas tentang apa-apa topik yang berkaitan dengan pengurusan bisnes dan pematuhan. Boleh tulis di ruangan komen jika ada topik tertentu yang anda rasa minat nak tahu lebih lanjut.
Nasrul Hadi, C.A.(M)
Vice President, Richworks International Sdn Bhd
If anda nak dibantu atau ada persoalan tentang PERCUKAIAN, PM team saya untuk kami bantu.
#NasrulHadiShukran
#SmartAccountant
#UrusCukai
#NakUrusBisnes