Select Page

No Cash, No Business!! Siapa Silent Killer Dalam Bisnes Anda?

Cashflow selalu jadi masalah utama dalam perniagaan anda? Anda tak tahu macam mana bisnes anda boleh grow atau terus bertahan dalam industri? Atau macam mana anda nak kenalpasti tahap kesihatan bisnes anda?

Ramai yang risau dengan masa depan bisnes mereka, tapi ramai usahawan masih kurang prihatin terhadap pengurusan Cashflow. Tak kiralah perniagaan itu kecil atau besar, penting sebenarnya untuk usahawan ambil berat tentang pengurusan Cashflow.

Ramai yang risau dengan masa depan bisnes mereka, tapi ramai usahawan masih kurang prihatin terhadap pengurusan Cashflow. Tak kiralah perniagaan itu kecil atau besar, penting sebenarnya untuk usahawan ambil berat tentang pengurusan Cashflow.

82% bisnes di Malaysia tutup hanya disebabkan masalah cashflow. Lebih parah, ramai usahawan hanya akan mula sedar apabila mereka diisytihar bankrap setelah tidak ada duit lagi untuk tanggung kelangsungan hidup bisnes mereka.

Sepanjang bulan Januari – November 2018 sahaja, sebanyak 2,014,291 perniagaan telah ditamatkan operasi mereka. – Sumber: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sebab apa? CASHFLOW.. Ada 4 tanda yang menunjukkan bisnes anda TAKDE DUIT!

⛔ Duit tak cukup nak teruskan kerja yang sedang dilaksanakan
⛔ Banyak barang duduk atas rak atau dalam stor perlahan atau tak bergerak langsung
⛔ Duit keluar lebih banyak dari masuk
⛔ Bayaran sering lambat masuk dan adakalanya jadi hutang lapuk.

Cashflow! Pembunuh senyap bisnes anda dan menakutkan kalau anda tak urus dan kawal cashflow anda dengan baik dan teratur.

Macam mana nak belajar urus dan kawal cashflow? Ada 7 cara untuk anda urus cashflow:

1. Buat akaun perniagaan

– Kalau tak mau buat akaun perniagaan elok jangan berniaga je.. Macam mana nak tengok aliran wang tunai atau buat pengurusan cashflow kalau tak buat akaun perniagaan?

2. Pantau agar perniagaan sentiasa berada atas tahap Breakeven (Titik Pulang Modal) sales

– Anda perlu lihat jumlah sales setiap hari dan pastikan ianya melepasi tahap Breakeven (Titik Pulang Modal). Kalau tidak perniagaan anda akan mati kebuluran wang.

3. Kawal hutang

– Jika anda tak kawal hutang dan pembayaran, lama kelamaan hutang jadi lapuk dan tidak dibayar. Banyak perniagaan lingkup disebabkan masalah ni.

4. Elakkan hutang lapuk

– Jika anda tak kawal hutang dan pembayaran, lama kelamaan hutang jadi lapuk dan tidak dibayar. Banyak perniagaan lingkup disebabkan masalah ini. Sekali anda tutup perniagaan, selama-lamanya hutang itu tidak akan dibayar. Jadi pasti ada polisi hutang yang jelas.

5. Terlalu banyak stok

– Ada perniagaan terpedaya dengan promosi pembekal untuk beli banyak stok bagi mendapatkan harga diskaun. Jika anda mampu menjualnya dengan cepat, oklah. Jika tidak anda akan hadapi masalah tak ada cash. Terlalu banyak pekerja yang tak ada kerja juga sama macam beli stok tapi tak jual. Jadi kawal pekerja dan juga stok yang dibeli ngam-ngam saja.

6. Tak cukup modal pusingan

– Jika anda ambil kerja terlalu banyak sampai tak cukup modal beli barang, anda akan kekeringan duit. Maknanya perlukan modal untuk beli barang bagi menjalankan kerja. Oleh itu berhati-hati dengan jumlah penerimaan kerja jangan sampai tak cukup modal.

7. Taukeh buat belian mengarut atau buat pelaburan lain

– Ada juga kes bila syarikat ada duit lebih taukeh menggunakannya untuk bina perniagaan lain yang tak ada hubung kait. Ada juga taukeh yang beli barang entah apa apa sekadar suka-suka sebab dia tahu perniagaan itu dia punya.

Nak betulkan Cashflow, nak betulkan akaun dan nak mula nampak ada duit bukan kerja mudah boleh selesai dalam satu hari dan bukan anda kena buat sendiri. Tapi apa yang penting anda kena faham proses dan sentiasa dapatkan ilmu untuk anda faham dan praktikkan.

Anda dah berniaga teruk-teruk tapi tak ada duit, tak nampak duit untung setiap bulan. Pagi sampai ke malam berniaga yang
dapat cuma penat. Mungkin jugak anda rasa ejen dan stokis anda dah buat duit hari-hari, tapi tetap duit untung jualan tu tak nampak.  Tidur malam pun tak lena jadinya, tertanya-tanya ke mana perginya duit bisnes anda?

Macam mana kalau kami boleh bantu anda selesaikan isu dan masalah Cashflow bisnes anda? Macam mana kalau kami boleh bantu anda untuk terus tersenyum bila setiap hari dan bulan check duit baki dalam akaun bank? Dan macam mana kalau kami boleh bantu anda dapatkan semula tidur malam yang lena tanpa rasa stress nak fikir masalah kewangan bisnes anda?

Program Smart Cashflow Management (SCM)

objektifnya adalah untuk membantu usahawan mencapai pengurusan kewangan bisnes yang bersistematik dan efektif serta mahir tentang pengurusan Cashflow dengan mengajar kepentingan rekod aliran tunai keluar/masuk secara konsisten tanpa gagal setiap hari.

Program ini telah bantu lebih dari 2000
usahawan dan staf mereka untuk celik dan tahu tentang kepentingan urus dan kawal cashflow dalam perniagaan. SCM akan dikendalikan oleh Tuan Nasrul Hadi C.A.(M) yang akan bantu anda betulkan masalah Cashflow dalam bisnes anda dan BONUS – Anda akan diajar bagaimana perlu ada dan sediakan sistem filing yang betul.

Selain itu juga, Tuan Nasrul akan berikan kepada anda Template Cashflow yang diguna sendiri oleh RichWorks secara PERCUMA untuk mereka yang hadir.