Sebelum ni saya pernah share tentang Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang telah diumumkan pada 27 Februari 2020. Antara aspek yang terlibat dalam Pakej ni adalah berkaitan dengan kadar caruman berkanun syer pekerja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baru, dimana akan dikurangkan daripada 11% kepada 7%.

Okay, ada 2 point yang saya nak anda semua faham tentang pengurangan kadar caruman ni:

  • Tempoh kadar baru caruman ini berkuatkuasa mulai bulan April 2020 (caruman Mei 2020) sehingga bulan Disember 2020 (caruman Januari 2021), tertakluk kepada Jadual Ketiga Akta KWSP 1991.
  • Ianya adalah untuk pekerja berumur 60 tahun ke bawah bagi yang wajib mencarum. Bagi pekerja berumur 60 tahun dan ke atas, kadar caruman masih lagi kekal – iaitu 11%.

Mungkin akan ada pekerja-pekerja anda atau anda sendiri tertanya, memang kena tukar kepada 7% ke atau boleh kekalkan kadar 11% tu Tuan Nasrul?

Okay, baca apa yang saya akan terangkan ni.

a. Ahli (pekerja) boleh membuat pilihan samada untuk mengekalkan caruman pada kadar 11% dengan melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2020). Saya sharekan sekali link untuk mudahkan anda download Borang KWSP 17A (Khas 2020) ni. bit.ly/kwsp17AKhas2020

b. Majikan boleh edarkan Borang ni kepada mana-mana ahli (pekerja) yang mahu kekalkan kadar caruman. Jadi maksudnya, memang tak ada masalah kalau pekerja anda atau anda sendiri masih nak kekalkan kadar 11% tu. Cuma kena isi borang je dan majikan perlu hantar ke pejabat KWSP yang terdekat.

Atau anda boleh rujuk notis yang dikeluarkan oleh pihak KWSP untuk makluman lanjut. www.kwsp.gov.my/ms/-/reduction-of-statutory-contribution-rate-for-employees

Saya harap penerangan ini dapat membantu anda serba sedikit tentang perubahan yang berlaku. Kalau anda masih keliru tentang perkara ini, siapa perlu anda rujuk? Semestinya kena tanya pihak KWSP untuk lebih jelas. Faham ke faham?

Nasrul Hadi, C.A.(M)
Vice President, Richworks International Sdn Bhd

#NasrulHadiShukran
#SmartAccountant
#NakUrusBisnes