Select Page
Perjalanan Nasrul Di RichWorks: Segalanya Bermula Dari Bonet Kereta Jerry | Nak Urus Bisnes

Hari Isnin, 03.01.2011. Tarikh keramat bermulanya perjalanan saya bekerja di sebuah organisasi hebat bernama RichWorks. Jadi kalau nak kira sampai sekarang, ini adalah tahun ke-9 saya bersama dengan RichWorks. Alhamdulillah, setelah banyak cabaran dan ujian getir diharungi di sini, dah sangat nampak hasilnya dan ke mana pula akan saya dan RichWorks bakal capai buat tahun-tahun mendatang.

Saya kini merupakan seorang Chartered Accountant @ Akauntan Bertauliah di bawah Malaysian Institute of Accountant (MIA). Sejak lebih setahun lalu, bermula Feb 2018, saya telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan secara terus Seminar berkaitan pengurusan Cashflow, Cost Analysis, Payroll, Income Tax & SST dan terbaru, buat julung kalinya pada bulan Feb 2019 yang lalu, diberi amanah paling besar oleh RichWorks untuk be on stage to run Entrepreneur Foundation Program (EFP).

Berjaya kendalikan program EFP yang amat sinonim dengan Co-Founder RichWorks, Tuan Hj Jerry Zafrol Rizal Mat ini, boleh saya katakan salah satu pencapaian terbesar sepanjang karier saya. Dan semua ini tidak akan terhasil tanpa didikan dan kepercayaan yang diberikan oleh Founder RichWorks, Dr. Hj. Azizan Osman dan Tn. Jerry sendiri. But like every successful story, there must be a start to the story. Jadi untuk jadi ingatan buat diri dan panduan buat mereka yang nak tahu tentang permulaan karier saya di RichWorks, saya pun nak share lah tentang cerita saya pula.

Berbalik kepada tajuk cerita di awal sharing ini, yes memang betul. Journey saya di RichWorks memang bermula dari bonet kereta Jerry. Nak dipendekkan cerita lepas saya graduate, saya pernah bekerja sebagai Auditor dan Eksekutif Akaun di beberapa syarikat. Salah satu syarikat yang saya pernah bekerja adalah satu firma perunding profesional yang mana salah seorang key person atau Manager dalam syarikat itu adalah Jerry sendiri.

Saya kerja di firma ada Jerry ni tak lama, beberapa bulan sahaja. Tapi pada waktu itu saya dah dapat nikmati bagaimana bagusnya Jerry train staf di bawahnya. Dia memang sangat strict tapi bila dia mengajar, benda yang kita rasa susah pun, jadi mudah. Ini kekal konsisten sampai sekarang. Jadi saya memang value peluang dapat belajar walaupun kerja sekejap di bawah didikan Jerry.

Lepas saya resign dari firma tu, saya join satu firma perunding lain. Firma ni dapat job di tempat klien. Buat task audit dan konsultansi untuk betulkan proses perakaunan syarikat lain. Bagus juga kerja ni, saya agak enjoy juga. Cuma memang sangat rutin dan typical accounting job. Masuk kerja, gi tempat klien then petang balik naik bas atau LRT. Itu jelah hari-hari. Malam kalau ada masa sempat la nak gi dating jap dengan ex-girlfriend saya [kini dah jadi Wife, korang jangan macam-macam]. Weekend memang off. Takdanya nak kerja. Memang tak berapa penat dan sibuk sangat macam kerja audit dulu. Kalau kerja Audit, tak pernah nampak Matahari ☀
[Sapa faham ini say ‘I’]

Tapi hanya lepas sebulan kerja, pada 30 Nov 2010 [tak tahu kenapa saya boleh ingat tarikh ini]. Saya dapat call secara tiba-tiba dari Jerry. Masa tu sebelum lunch macam tu. Dia tanya saya tengah buat apa. Saya cakap la saya tengah kerja. Buat apa lagi. Tengah waktu office hour kot. Duh…

Saya tanya kenapa dia call saya tiba-tiba. Sebab dah beberapa bulan tak contact apa pun. Dulu WhatsApp mana ada. Paling kuat pun guna SMS. Ini tiba-tiba call, memang pelik la. Rupa-rupanya dia call sebab excited nak bagitau yang dia baru join satu company yang sangat mencabar tentang rekod perakaunannya.

Saya pun tanya apa yang mencabar sangat. Dia bagitaula company dia join ni buat Seminar [Dalam hati tertanya-tanya, ada ke orang buat bisnes dengan Seminar???!!!]. Banyak duit masuk. Bank Statement beratus-ratus muka. Tapi langsung takda lejar akaun. Saya terus cakap dia menipu! Saya bagitau mana la logic ada company banyak transaction macam tu langsung takda rekod. Lama juga saya borak dengan dia time tu. Jadi lama sebab dia sangat excited bercakap pasal Company ni. Saya sebenarnya malas nak layan dia. Saya tengah kerja kot. Busy pulak tu. Baru masuk kerja sebulan, takkan nak mengular 🐍 pulak.

Tapi makin lama borak makin saya rasa menarik cerita dia. Last-last malas nak borak panjang-panjang, kami pun set la jumpa. Sebab sebagai seorang Akauntan, saya nak tengok bukti apa yang dia cakap ni betul ke tidak. Saya ingat lagi kami set jumpa di kedai mamak di SS15, Subang. Jumpa kat Subang sebab dulu Jerry duduk di Subang [Kena jawab ni sebab saya tahu korang tanya kenapa jumpa kat Subang].

Kami jumpa malam. Kul 9 ke atas camtu. Gigih betul saya time tu, balik kerja penat-penat siang, then drive dari rumah saya kat Pandan Indah ke Subang. Dengan niat asal, semata-mata nak tengok betul ke tidak ada syarikat Bank Statement beratus-ratus tapi takda rekod akaun. Tak logic kot. [Ingat – Ini pemahaman seorang typical Akauntan yang hanya pernah tengok rekod akaun yang perfect sahaja dalam hidupnya. Dan sebelum kenal anda semua, peserta RichWorks yang dikasihi – yang ramai takda rekod akaun. Ouchhh!!!].

Jerry zaman tu bukan macam sekarang. Memang lain habis. Betul-betul Sexy. Saya tak mahu ulas. Yang ni korang tanya dia sendiri. Hehehe. Dah jumpa tu dia tanya la balik saya kerja macam mana. Saya cakap la ok je. Cuma sebelum saya nak putar belit, dia pun cakap, “Ko bakal bosan kan kerja situ?” Aik, camne la dia tahu ni. Yes. Memang betul agak typical kerja saya time tu. Saya boleh predict lagi beberapa bulan kerja tu takkan berikan saya excitement dan career growth yang pantas. Gaji pun akan kekal sama macam tu untuk at least setahun akan datang.

Dia pun terus la cerita tentang company yang buat ‘Seminar’ yang dia join ni. Dia kata Boss company ni POWER GILERRRR. Pelik pun ada. Jadi pujaan Teruna dan Dara. Tak pernah dia jumpa orang macam ni. Saya tanya apa yang pelik? Dia kata Boss ni bercakap atas stage. Orang gelar, apa dia.. Speaker… [Time ni anda harus faham, Speaker 🔊 yang orang faham adalah sebuah mesin mengeluarkan suara di majlis-majlis, bukan merujuk sangat kepada Speaker yang bercakap di atas stage]. Dan tambah ‘dongeng’ cerita ini adalah, beribu-ribu orang boleh datang kelas dan belajar camne nak ubah hidup.

Wait..wait….wait… Nak ubah hidup? Pergi seminar? Ramai-ramai?….Ribu-ribu pulak tu… Hmmmm…..

Korang kena ingat waktu kami borak ni adalah tahun 2010. Zaman ni orang beribu-ribu datang beramai-ramai yang saya tahu tiga (3) benda je. Saya ulang tiga benda je.

  1. Tengok bola ⚽
  2. Tengok konsert🕺💃
  3. Dengar ceramah politik. ⚖🌕

Mana ada orang nak ubah hidup datang ramai-ramai. Again, RIBU-RIBU pulak tu!!! Mengarut betul cerita Jerry ni. Saya cakap tak logic la cerita dia. Yang saya faham, orang nak ubah hidup samada dia pergi Masjid atau beribadat ikut agama masing-masing. Then pergi Umrah atau Haji. Itu yang saya percaya dan faham ketika itu.

Dia senyum je. Dia kata takpa. Habiskan air dulu dan ikut dia pergi kereta. Dia nak buktikan apa yang dia cerita ke saya tu, bukan dongeng. Kami pun berjalan la ke kereta. Saya sampai hari ini ingat lagi, saat melangkah ke kereta tu, jauh di lubuk hati saya sangat excited sebenarnya nak tengok beratus-ratus page Bank Statement tu. Naluri seorang Akauntan sejati membuak-buak nak tengok apa yang berlaku sebenarnya ni.

Dan saat sampai ke kereta Jerry tu, bila dia buka je bonet belakang, saya lihat dengan mata kepala sendiri cerita dongeng tu adalah kenyataan sebenarnya… Dan bagaimana dongeng itu jadi kenyataan? Nantikan sambungannya nanti….

Kalau korang boleh like dan share sharing ni 199 kali, saya akan sambung lagi…