Select Page
Speaker | Nak Urus Bisnes

Speaker

Nasrul Hadi, Chartered Accountant

Speaker

Akauntan Kanan di Richworks Group of Companies

Tuan Hj Nasrul Hadi, Chartered Accountant (Malaysia)
Vice President Finance, RichWorks International

Tuan Hj Nasrul Hadi adalah seorang Vice President Finance, RichWorks International. Memiliki pengalaman lebih daripada 10 tahun melibatkan perkhidmatan perundingan perakaunan, audit, percukaian dan sumber manusia kepada pelanggan dalam pelbagai industri, dengan tumpuan kepada aspek pematuhan dan perihal pengurusan perniagaan.

Beliau juga merupakan Speaker untuk program Entrepreneur Foundation Program (EFP), Smart Cashflow Management (SCM) dan Cost Analysis Mastery (CAM). Lebih dari 2000 peserta telah hadir dan dibantu selesaikan masalah dalam pengurusan perniagaan mereka.

Beliau merupakan seorang pakar di dalam pengkhususan Pengurusan Tunai, Perakaunan & Percukaian untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS). Beliau kini sedang membina kerjayanya sebagai penceramah dan konsultan tentang amalan terbaik di dalam bidang perakaunan, percukaian dan pengurusan perniagaan.

Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan merupakan seorang Akauntan Bertauliah melalui Malaysian Institute of Accountants (MIA). Beliau juga kini sedang di dalam proses mendapatkan keahlian profesional melalui Association of Certified Chartered Accountants (ACCA), U.K.

Antara para pelanggan dan peserta program yang pernah meraih manfaat hasil daripada tunjuk ajar dan konsultasi yang dikongsikan oleh beliau adalah terdiri dari mereka yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pemilik perniagaan, Pengurus kanan, Akauntan, Eksekutif dan lain-lain.

Antara Jenama dan Perniagaan yang beliau dah bantu juga adalah Hasnuri, Hayda Scarf, Ai Curtain, FH United, Green Matrix, Husmat Furniture, Irah Sukri, King’s Char Kuey Tiaw, Sabella, SISIK, Zara Awliya dan banyak lagi.

Sebarang pertanyaan mengenai program Classroom by RichWorks ini boleh hubungi pegawai khidmat pelanggan kami di:

RichQ 77, Jalan Badminton 13/29,
40100 Shah Alam, Selangor.